Wednesday 18 May 2011

Morning Sickness dan Kesihatan Ibu Mengandung

Morning = pagi
Sickness = sakit, rasa loya, mual, berkenaan dengan mabuk , penyakit

Oleh sebab yang demikian, Morning Sickness merupakan sejenis penyakit yang melibatkan rasa loya, muntah atau mual kebiasaanya pada waktu pagi.(skema sungguh)..huhuhu..Aku nk berkongsi dengan kome tips-tips untuk mengurangkan muntah-muntah yang berlarutan khususnye pada ibu mengandung ni..

1. Mase bangun pagi, jangan terus bangun je tapi duduk dulu..relax amik nafas..sebab selalunye mase bukak mate tu la rse nk termuntah je...(cam pnh pregnant je aku ni).

2.Banyakkan makan buah dan sayur-sayuran. Jangan makan makanan pedas dan berminyak sgt supaya tekak tidak akan rse loya je..

3. Minum air sekerap yang mungkin kerana pertumbuhan janin di peringkat awal perlukan air yang secukupnye..klu minum pun muntah cepat2 la pegi hospital masuk air..bahaye...

4. Pening-pening, muntah, rase lemah badan, badan gatal2, mengantuk, lenguh2 adalah perkara normal dilalui bagi setiap ibu mengandung pada 3 buln prtame..so, disini seorang suami perlu kerja lebih mase di rumah.

5. Makan sekerap yang mungkin tp jgn dgn kuantiti yg byk..mkn secara perlahan2 supaya mudah hadam. 

6. Jangan lupa temujanji dengan doktor untuk memeriksa tekanan darah, denyutan jantung, ujian air kencing, mengambil vitamin tambahan, zat besi dan asid folik.

7. Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam , daging dan lain-lain.(copy paste)

8. Mulai 7 bulan bayi sudah boleh mendengar, sebagai org Islam slalu bace Al Quran dalam tempoh 10 ke 15 minit. Ia juga dapat mencetuskan stimulasi intelek dan meningkatkan ko-ordinasi otak.

Yang paling penting adalah emosi seorang ibu yang mengandung jgn terlalu bersusah hati, jgn mudah merungut atau apa jualah yg negatif... cuba bykkan berfikiran positif.. kerana anugerah yang Allah bagi ini tidak ternilai hargenye...

to b : sabar ek, abg akan buat yang terbaik untuk b dan bby kte... 





No comments:

Post a Comment